Rabu, 18 Desember 2024

Pendedahan mengejutkan: Assad, Israel, dan pengkhianatan di Syria

Selepas kejatuhan Assad, dunia digemparkan dengan pelbagai pendedahan dokumen rahsia yang menggambarkan hubungan tersembunyi antara Assad dan Is*rael. Selama bertahun-tahun, Assad telah memposisikan dirinya sebagai simbol penentangan Arab terhadap Is*rael, namun maklumat yang bocor ini menceritakan kisah yang jauh berbeza antara dua pihak yang secara terbuka kelihatan bermusuhan.

Hubungan ini sebenarnya tidak sepenuhnya baru. Contohnya, sejak 2004, Syria menerima epal yang dihasilkan oleh petani Druze di Bukit Golan yang diduduki Is*rael. Tambahan pula, bekalan air untuk bandar Druze di Bukit Golan, seperti Majdal Shams, sebahagiannya datang dari Syria melalui mata air Ein al-Toufah. Kerjasama kecil seperti ini telah berlangsung selama lebih dua dekad, menunjukkan bahawa di sebalik retorik permusuhan, terdapat kesalingbergantungan yang tidak diumumkan.

Pendedahan paling mengejutkan muncul selepas kejatuhan Assad, apabila dokumen yang bocor mendakwa Assad memberikan Is*rael senarai sasaran ketenteraan di Syria untuk diserang. Sebagai balasan, Is*rael menjamin keselamatan Assad semasa melarikan diri, termasuk memastikan pesawatnya tidak akan diserang. Susulan itu, Is*rael melancarkan serangan besar-besaran ke atas kerajaan baru Syria, memusnahkan 80% sistem pertahanan mereka.

Sebenarnya, hubungan sulit ini mempunyai sejarah panjang. Pada tahun 2016, Menteri Luar Turki, Hakan Fidan, mendedahkan bahawa Is*rael lebih suka Assad kekal berkuasa berbanding kemungkinan penggantinya dari kalangan kumpulan revolusi Syria. Is*rael melihat Assad sebagai pilihan yang lebih stabil dan mudah diramal. 

Tambahan pula, maklumat ini turut disokong oleh kenyataan bekas operatif CIA, Miles Copeland, yang mendakwa bahawa permusuhan antara Syria dan Is*rael sebenarnya hanyalah lakonan. Miles menegaskan bahawa kedua-dua negara telah lama menjalinkan hubungan strategik di belakang tabir.

Contoh terkini ialah semasa gempa bumi Syria pada tahun 2023, apabila Is*rael menerima permintaan bantuan kemanusiaan dari Syria melalui perantara Rusia. Walaupun hubungan rasmi tidak wujud, Is*rael bersetuju untuk menghantar bantuan termasuk ubat-ubatan, selimut, dan khemah, tetapi tanpa penglibatan ketenteraan.

Ironinya, semua ini mencabar naratif bahawa Assad adalah "pemimpin penentangan" terhadap Is*rael. Sebaliknya, kelihatan menggunakan retorik anti-Is*rael sebagai alat untuk mendapatkan sokongan domestik dan dunia Arab, sambil secara diam-diam mengekalkan hubungan dengan Is*rael untuk memastikan kelangsungan politiknya

Tidak ada komentar:

Posting Komentar